Friday, June 03, 2011

Salam jumaat yg mulia dan Salam 1 Rejab 1432 buat sahabat2 yg dikasihi dan dirahmati Allah.... "Sabda Rasulullah SAW : Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanku (Muhammad) dan Ramadhan bulan umatku dan Hendaklah kamu memuliakan Bulan Rejab, nescaya Allah akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari qiamat."

Pertama2nya syukur kehadrat ilahi kita dipertemukan lagi dgn bulan Allah...bulan yg ditunggu2 utk kita same2 mempertingkatkan kualiti iman dan taqwa....smoga diizinkan Allah utk kita keSyaaban dan sehingga bisa menjamah kemanisan Ramadhan...insyaAllah....


Untuk renungan bersama kita hayati kisah dibawah utk sama2 jadikan ikhtibar....


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.









1 comment:

  1. Assalamualaikum Kak Sal...
    Teruskan usaha terbaik dengan perkongsian menarik. Alhamdulillah, my support ^_^ ~ OM/AA

    ReplyDelete