Tuesday, March 29, 2011

Asssalamualaikum wr. wt...sahabat2ku yang dikasihi dan dirahmati Allah...sesungguhnya rahmat Allah tidak pernah putus untuk hamba2NYA yg bertaubat...buat renungan kita bersama tazkirah ~Hanya Dengan Sehelai Bulu Mata~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT







Friday, March 25, 2011

Salam pagi jumaat yang mulia...Assalamualaikum buat semua sahabat2 yg dikasihi dan dirahmati Allah...Bismillahirrahmanirrahim.... Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekelian Alam yang menghidupkan kita...dan bersua kembali dijumaat yang indah ini....dgn kurniaanNya dan nikmatNya...mengizinkan nadi kita utk berdenyut, jantung kita untuk berdengup, kaki utk berjalan, mata utk melihat, telinga utk mendengar...dan segala2nya penuh dengan keistimewaan.... Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad saw serta sahabat2 baginda...

sahabat ku..
andai hari ini hari terakhir ucapan salam dari ku buat mu…
andai hari ini hari terakhir senyum ku buat mu…
andai hari ini hari terakhir nasihat dari ku buat mu…
andai hari ini hari terakhir nama mu terucap oleh ku..
andai hari ini hari terakhir air mata ku jatuh ke bumi Allah ini kerana hanya mengenangkan mu wahai sahabat-sahabat ku….
dan
andai hari ini hari terakhir kita bertemu…
ku harap hari esok masih ada ruang di hati mu wahai sahatbat untuk kau memaafkan segala kesalahan ku yg lalu…
dan aku juga ingin kau tahu wahai sahabat ...ukhwah yg terbina tak mungkin ku lupakan...
impian ku hanya satu…
jadilah insan yg soleh serta solehah walaupun ianya perit untuk kau capai…
wassalam

Thursday, March 24, 2011

Untuk Renungan Bersama ~Siapa Kita Sebenarnya~

Peringatan utk diri sendiri dan sahabat2 yg dikasihi...renung2kan lah siapa kita...

Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji Al-Quran

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan

Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

TETAPI layakkah kita ke Syurga milik Allah??

Friday, March 18, 2011

Salam Jumaat, penghulu segala hari, buat sahabat yg dikasihi dan dirahmati Allah...selawat ke-atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita menghirup udara segar pada hari ini....alhamdulillah

Buat Renungan Bersama :-
Sabda Rasulullah s.w.t yang maksudnya : " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak buih laut :

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.
4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap 'La hawla wala quwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya "

Thursday, March 17, 2011

Jangan Bersedih usah berduka wahai hati...ingatlah Allah sentiasa bersamamu tiap detik dan ketika.


Sekuat manapun godaan yang kita hadapi
sebanyak manapun cubaan yang kita jalani
sebesar manapun kegagalan yang kita tempuhi
sejenuh manapun hari2 yang kita lalui
jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepadaNYA
kerana semua datang daripadaNYA

Malaikat sebelah kanan dan malaikat sebelah kiri

Rasulullah s.a.w. bersabda "Setiap anak Adam akan dijaga oleh 2 Malaikat.Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dari yg sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka Malaikat yg disebelah kiri akan bertanya pd Malaikat di sebelah kanan,katanya "Apakah yg harus aku catit?"
Kata Malaikat sebelah kanan "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yg di kiri bertanya lagi "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,apa yg harus aku catitkan?" Jawab Malaikat kanan, "Biarkannya sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa 1 kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yg lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam nie sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambaNya.kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas, hanya hambaNya saja yg lalai dan leka dgn keseronokan serta kemewahan dunia.Wallahu'alam..

jangan mudah terpengaruh dgn kata-kata manis

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik ...dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


****************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..


21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA PADA MASA KINI
See More